Translate the language here!

Monday, 10 August 2015

Masyarakat Iban menguruskan sesuatu kematian itu mengikut adat-adat tertentu. Setiap adat yang dilakukan mempunyai maksud dan tujuan yang tertentu. Secara keseluruhannya adat kematian masyarakat ini merangkumi pelbagai peringkat:


Semasa kematian

·       Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya.

·       Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya. 


·       Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di tengagh-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.

·       Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian. 

·       Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang.

·       Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang-orang tua akan berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang. 
·       Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai. 

·       Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu. 


·       Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional.

Asal "KELINGAI" atau dikenali sebagai Tatto Dayak.

Post pasal kali ini berkaitan dengan kewujudan asal tattoo Dayak Iban..Dari sumber yang saya dapat cari, cerita ini diambil daripada pelbagai sumber mahupun lisan dan tidak lisan. 



Dayak iban percaya bahawa tattoo atau lebih dikenali sebagai kelingai diasaskan oleh seorang pemuda yang bernama Gendup. Gendup dikatakan gemar menyumpit di dalam hutan sehinggakan dia telah sesat. Semasa Gendup tersesat, Gendup tersempak dengan perempuan yang tengah mandi di kawasan sungai dan perempuan tersebut mengalukan Gendup untuk pulang bersama ke rumah panjangnya. Setibanya di rumah panjang tersebut Gendup berasa hairan melihat seorang pemuda tengah dicucuk menggunakan sebuah duri yang panjang di tubuhnya (ditatto). Penduduk dalam rumah panjang tersebut terus mempelawa Gendup untuk duduk bersama. Melihat Gendup yang tengah kehairanan, penduduk dalam rumah panjang tersebut terus menyatakan apakah yang dimaksudkan dengan perbuatan mereka tadi. “ itu adalah kelingai” jawab penduduk di rumah panjang tersebut.
“oleh kerana kamu sudi memasuki rumah panjang kami, maka kami akan membuat “kelingai” untuk kamu dan “kelingai” yang khas di kaki kamu menunjukan kamu pernah melawat kami disini”  kata penduduk rumah panjang tersebut.
Penduduk di rumah panjang tersebut terus mengelilingi Gendup dan menyediakan peralatan untuk membuat “kelingai” di tubuh Gendup. Selama 3 hari 2 malam, gendup telah di “ kelingai “ kan oleh penduduk di rumah panjang tersebut dan setelah “kelingai” Gendup sembuh, penduduk di rumah panjang tersebut pun memperkenalkan diri.


“NAMA AKU SELANG PANTANG, KAMI DISINI IALAH HANTU PANTANG(TATTO), KAMU IALAH MANUSIA PERTAMA YANG MELAWAT KAMI DISINI DAN KAMU JUGA MANUSIA PERTAMA YANG MEMPUNYAI “KELINGAI”. JADI PERGI AJARKAN PADA SUKU MU APA ERTI NYA “KELINGAI” DAN CARA MEMBUAT “KELINGAI”.
Sumber : Rujukan yang saya ambil adalah daripada blog yang lain (Link saya tak sempat copy ^^)