Post pasal kali ini berkaitan dengan kewujudan asal
tattoo Dayak Iban..Dari sumber yang saya dapat cari, cerita ini diambil
daripada pelbagai sumber mahupun lisan dan tidak lisan.
Dayak iban percaya
bahawa tattoo atau lebih dikenali sebagai kelingai diasaskan oleh seorang
pemuda yang bernama Gendup. Gendup dikatakan gemar menyumpit di dalam hutan
sehinggakan dia telah sesat. Semasa Gendup tersesat, Gendup tersempak dengan
perempuan yang tengah mandi di kawasan sungai dan perempuan tersebut mengalukan
Gendup untuk pulang bersama ke rumah panjangnya. Setibanya di rumah panjang
tersebut Gendup berasa hairan melihat seorang pemuda tengah dicucuk menggunakan
sebuah duri yang panjang di tubuhnya (ditatto). Penduduk dalam rumah panjang
tersebut terus mempelawa Gendup untuk duduk bersama. Melihat Gendup yang tengah
kehairanan, penduduk dalam rumah panjang tersebut terus menyatakan apakah yang
dimaksudkan dengan perbuatan mereka tadi. “ itu adalah kelingai” jawab penduduk
di rumah panjang tersebut.
“oleh kerana kamu sudi memasuki rumah panjang kami,
maka kami akan membuat “kelingai” untuk kamu dan “kelingai” yang khas di kaki
kamu menunjukan kamu pernah melawat kami disini” kata penduduk rumah panjang tersebut.
Penduduk di rumah panjang tersebut terus mengelilingi
Gendup dan menyediakan peralatan untuk membuat “kelingai” di tubuh Gendup.
Selama 3 hari 2 malam, gendup telah di “ kelingai “ kan oleh penduduk di rumah
panjang tersebut dan setelah “kelingai” Gendup sembuh, penduduk di rumah
panjang tersebut pun memperkenalkan diri.
“NAMA AKU SELANG PANTANG, KAMI DISINI IALAH HANTU
PANTANG(TATTO), KAMU IALAH MANUSIA PERTAMA YANG MELAWAT KAMI DISINI DAN KAMU
JUGA MANUSIA PERTAMA YANG MEMPUNYAI “KELINGAI”. JADI PERGI AJARKAN PADA SUKU MU
APA ERTI NYA “KELINGAI” DAN CARA MEMBUAT “KELINGAI”.
Sumber : Rujukan yang saya ambil adalah daripada blog yang lain (Link saya tak sempat copy ^^)



No comments:
Post a Comment